ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) mengangkat tangan bersama calon yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi (tiga, kanan), selepas sidang media keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Johor hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (tiga,kiri).

PRN JOHOR: BN KEMBALI TERAJUI KERAJAAN NEGERI, MENANG MAJORITI MUDAH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh mandat untuk menerajui semula Kerajaan Negeri Johor selepas meraih majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 29 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN kali ini.

Pada PRN Johor ke-16, BN mempertaruhkan calon di kesemua 56 kawasan DUN untuk mendapatkan mandat rakyat mentadbir negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Keputusan itu dicapai selepas proses pengundian yang bermula 8 pagi tadi berakhir secara rasmi tepat  6 petang ini. 

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari 
https://prn.bernama.com/johor. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU