ARTIKEL

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik ketika temu bual bersama BERNAMA di Bilik Operasi BERNAMA sempena kempen Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 hari ini.

PRN Johor: Kesesakan, banjir dan keciciran pelajaran jadi tumpuan Maszlee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Isu kesesakan lalu lintas, banjir kilat dan keciciran pelajaran menjadi antara fokus utama calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik dalam kempennya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Maszlee berkata keadaan jalan raya yang rosak, kesesakan di Kangkar Tebrau serta Kampung Maju Jaya dan masalah banjir memerlukan penyelesaian menyeluruh menerusi kerjasama kerajaan negeri dengan agensi Persekutuan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR).

Bekas Menteri Pendidikan itu turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan keciciran pelajaran apabila ramai remaja memilih bekerja dalam ekonomi gig atau di Singapura kerana menawarkan pendapatan lebih tinggi.

Beliau berkata tekanan kos sara hidup dan harga rumah yang semakin meningkat turut membebankan golongan muda, sekali gus memerlukan penyelesaian yang melibatkan kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan lapor Bernama.

Kerusi DUN Puteri Wangsa menyaksikan pertandingan lima penjuru melibatkan Maszlee, Rashifa Aljunied (MUDA), Teow Chia Ling (Barisan Nasional), Nicholas Paul Vincent (Parti Bersama Malaysia) dan Wang Wee Siong (Bebas).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU