ARTIKEL

Tokoh Pemikir Peradaban Islam, Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Profesor Diraja Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tokoh ilmuwan dan pemikir peradaban Islam kontemporari, Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia pada 6.47 petang semalam.

Berita duka pemergian tokoh berusia 94 tahun itu dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menerusi Instagram.

Beliau berkata pemergian Allahyarham bukan sekadar kehilangan seorang tokoh, tetapi hilangnya sebutir permata ilmu bagi umat Islam.

“Almarhum dikenali sebagai mujaddid, pemikir, ilmuwan yang menyalakan kembali obor ilmu dan adab dalam dunia Islam.

“Buah fikiran dan perjuangan beliau bukan sahaja menghidupkan wacana intelektual, bahkan turut menyumbang kepada lahirnya institusi penting seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) serta ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa),” katanya.
— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU