ARTIKEL

Program Jelajah SABERKAS Prihatin Zon Mukah kukuh semangat kesukarelawanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Semangat kesukarelawanan dan budaya prihatin terus diperkukuh menerusi Program Jelajah SABERKAS Prihatin Sarawak Zon Mukah.

Program berkenaan menghimpunkan ahli pertubuhan bersama-sama masyarakat setempat di Kampung Penat dan Kampung Judan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Tellian, Royston Valentine, program berkenaan menjadi wadah mengeratkan silaturahim selain memperkukuh kerjasama antara SABERKAS dengan komuniti menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Ia mencerminkan komitmen berterusan SABERKAS dalam mendekati masyarakat serta menyantuni golongan yang memerlukan.

MESRA… Royston menyantuni masyarakat pada Program Jelajah SABERKAS Prihatin Sarawak Zon Mukah, hari ini.

“Usaha ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan ahli, malah memperkukuh budaya saling membantu serta kebersamaan demi kesejahteraan komuniti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa program seumpama itu memberi ruang kepada SABERKAS untuk terus mendekati rakyat serta memahami keperluan masyarakat setempat.

“Ia juga menjadi pemangkin kepada semangat perpaduan, kebersamaan dan khidmat bakti berterusan dalam usaha membangunkan komuniti, khususnya di Zon Mukah,” tambahnya.

Turut hadir Bendahari SABERKAS Negeri Sarawak, Dato Ngui Ing Ing; Setiausaha Eksekutif SABERKAS Sarawak, Iszuan Haroni dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) SABERKAS Negeri Sarawak, Norazryna Abdul Rahman.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,