ARTIKEL

Mohamad Zawawi (kanan) mengiringi Dato' Sri Huang Tiong Sii melihat barangan jualan PJR di Pusat Inovasi Sarikei (SIC), hari ini.

Program Jualan Rahmah Sarikei catat jualan lebih RM400,000 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Jualan Program Jualan Rahmah (PJR) yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarikei catat jualan sebanyak RM463,959.10 setakat ini.

Ketua Cawangan KPDN Sarikei, Mohamad Zawawi berkata, perolehan itu dicapai dalam 41 kali penganjurannya di tiga kawasan parlimen iaitu Sarikei, Tanjong Manis dan Julau.

Menurutnya, penganjuran program memastikan lebih ramai golongan sasar seperti B40 menerima manfaat iaitu mendapatkan barang keperluan pada harga rendah dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup.  

“Program diadakan secara bergilir-gilir dan sebanyak dua  kali dalam sebulan, mengikut permintaan.

“Sehubungan itu, orang ramai juga boleh mendapatkan info terkini lokasi PJR yang dilaksanakan menerusi Facebook dan laman web rasmi KPDN Sarikei. Setakat ini, kita mendapat sambutan yang amat menggalakkan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri PJR di sini, hari ini.

Program yang berlangsung selama dua hari di Pusat Inovasi Sarikei itu Center (SIC) melibatkan penyertaan Doremart Sdn. Bhd. (Kompleks Sukan Sarikei) sebagai rakan strategik.

Dalam pada itu, majlis perasmiannya disempurnakan  Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan  Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Hadir sama,  Residen Bahagian Sarikei, Michael Ronnie Langgong, Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin dan ketua-ketua jabatan.

Mohamad Zawawi (kanan) mengiringi Dato’ Sri Huang Tiong Sii melihat barangan jualan PJR di Pusat Inovasi Sarikei (SIC), hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU