ARTIKEL

RAKAM KENANGAN….Royston merakam kenangan bersama-sama yang lain dalam Majlis Penutupan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Mukah 2025, baru-baru ini.

Program Kem Belia@Rakan Prihatin: Lahir generasi muda berdaya saing, berdisiplin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 51 peserta menyertai Program Kem Belia@Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Mukah 2025, di Kem Belia, baru-baru ini.

Kem anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) itu diadakan selama tiga hari dua malam, melibatkan golongan belia berumur 13 hingga 16 tahun.

Peserta merupakan pelajar dari lima buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah, SMK Three Rivers, SMK Saint Patrick, SMK Oya dan SMK Dalat.

Sehubungan itu, objektif Kem Belia ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Selain itu, meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung bahaya dan kesan permasalahan sosial belia, melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti.

Seterusnya, ia bertujuan untuk memupuk nilai murni dalam kalangan belia selaras matlamat pembangunan belia positif.

Justeru, pelibatan belia dalam program ini dapat membentuk jati diri yang kukuh, memperkasakan potensi diri serta melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berdisiplin.

Majlis penutupan kem tersebut telah disempurnakan oleh ADUN Tellian Royston Valentine.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU