MUKAH: Usahawan di Mukah kini berpeluang untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui Program Pathways Mukah 2025, yang dianjurkan oleh The Culture Capital dengan kerjasama APPGM-SDG.
Program ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan tempatan dengan kemahiran dan sokongan strategik, dan disediakan secara percuma.
Program ini menawarkan pelbagai manfaat seperti bengkel sehari, pembinaan jenama dan bimbingan selama tiga bulan.
Objektif program untuk mengubah landskap perniagaan di Mukah dengan menyediakan alat dan strategi yang relevan kepada usahawan tempatan, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan (SDG).
Usahawan yang berminat boleh mendaftar sebelum 7 Januari 2025 melalui pautan berikut: https://bit.ly/pathwaysmukah.
Pengarah Program, dalam satu kenyataan, menyatakan bahawa inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan untuk memperkukuhkan perniagaan mereka tetapi juga untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan.
“Program Pathways 2025 adalah platform yang sempurna untuk usahawan di Mukah mencapai potensi mereka sepenuhnya. Kami berharap ia dapat menjadi pemangkin kepada perubahan positif yang mampan,” katanya.
Orang ramai juga digalakkan untuk berkongsi maklumat mengenai program ini dengan komuniti usahawan lain di Mukah.
Dengan adanya program sebegini boleh mencipta perubahan besar dalam sektor perniagaan tempatan.


