ARTIKEL

Ridzuan (kanan) menunjukkan beberapa produk tempatan pada Program Meja Talk FAMA di Kuching, hari ini.

Program Meja Talk buka luas pasaran produk usahawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Padanan Perniagaan B2B Serantau Malaysia (Meja Talk) membuka peluang kepada para usahawan tempatan memperluaskan jaringan perniagaan dan pemasaran, sekali gus kekal berdaya saing dalam pasaran.

Pengarah Bahagian Galakan Pasaran Ibu Pejabat FAMA, Ridzuan Sirun berkata, program tersebut mempertemukan usahawan dengan pihak pemborong, peruncit, peniaga serta pasar raya daripada pelbagai kategori.

“Ia membuka peluang kepada para usahawan dari seluruh negara berjumpa terus dengan para peruncit bagi membuat pemilihan serta mendapatkan produk-produk yang sesuai.

“Usaha ini lebih memudahkan mereka mendapat jaringan yang diperlukan.

Dalam masa yang sama memberi peluang kepada mereka memasarkan produk untuk disenaraikan tetap di dalam pasar raya,” atanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Meja Talk Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, ujarnya program yang dianjurkan di Sarawak selama dua hari itu adalah yang kelima selepas Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Sabah turut melibatkan pihak hotel, restoran, katering.

“Saya percaya semua usahawan yang hadir hari ini mendapat manfaat yang banyak kerana dapat memperkenal dan memasarkan produk mereka di pasaran domestik dan antarabangsa.

“Mereka berjaya membina hubungan yang bermakna dan mewujudkan jaringan interaksi yang berkualiti. Sekali gus membantu mereka kembali bangkit selepas terjejas terusk akibat pandemik COVID-19,” ujarnya.

Tambahnya, program tersebut disertai 25 usahawan dan 38 bakal pembeli yang terdiri daripada pemain industri di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU