ARTIKEL

Program Pagi Tanpa Kenderaan 2025 di Bintulu dapat sambutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Program Pagi Tanpa Kenderaan atau Bintulu Car Free Morning (BCFM) 2025 kembali mewarnai suasana kawasan rekreasi Tanjung Batu apabila ratusan penduduk setempat menyertai pelbagai aktiviti riadah tanpa kenderaan bermotor, dalam usaha memupuk gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar.

Program anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) itu berlangsung meriah di Tempat Letak Kereta No. 2, Tanjung Batu pada Sabtu, melibatkan aktiviti seperti berbasikal, berjalan kaki, senamrobik dan penyertaan aktif pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, yang turut serta dalam program berkenaan, berkata BCFM bukan sekadar satu acara mingguan, tetapi satu gerakan berterusan untuk memperkasa gaya hidup sihat dan budaya komuniti yang prihatin terhadap alam sekitar.

“Program Pagi Tanpa Kenderaan bukan sekadar aktiviti mingguan. Ia adalah simbol perubahan gaya hidup. Kita mahu warga Bintulu move more, drive less, and live better,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Beliau turut mencadangkan agar elemen plogging — aktiviti berjalan sambil mengutip sampah — diperkenalkan dalam edisi BCFM akan datang sebagai pendekatan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab sivik dan penjagaan kebersihan.

Menurut Johnny Pang, kejayaan program ini mencerminkan semangat kesukarelawanan dan keterlibatan akar umbi yang tinggi terhadap inisiatif membina komuniti yang sihat dan lestari.

Johnny Pang menyertai Program Pagi Tanpa Kenderaan di kawasan rekreasi Tanjung Batu, pada Sabtu.

“Kita tidak mahu pembangunan fizikal semata-mata. Pembangunan insan dan pembudayaan gaya hidup sihat adalah asas penting bagi kemajuan masyarakat,” tambah beliau.

Melihat kepada sambutan menggalakkan yang merentas pelbagai lapisan umur dan latar belakang, program ini dijangka akan diteruskan secara berkala, menjadikan BCFM sebagai pemangkin kepada Bintulu yang lebih sihat, selamat dan berdaya tahan.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,