ARTIKEL

Johnny Pang menyantuni pengunjung yang menikmati sarapan di The Big Bowl Café. 2:

Program Sarapan Perkukuh Hubungan Rakyat-Pemimpin di Tanjong Batu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Program Bersarapan Bersama Johnny Pang terus menjadi platform berkesan dalam memperkukuh hubungan antara rakyat dengan pemimpin apabila pelbagai isu berkaitan pembangunan, kebajikan serta keperluan komuniti dibincangkan secara terus dalam suasana santai dan terbuka.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, program berkenaan merupakan antara pendekatan mesra rakyat bagi memastikan setiap pandangan, cadangan dan aduan penduduk dapat didengar secara langsung.

Menurutnya, interaksi secara bersemuka membolehkan beliau memahami dengan lebih dekat cabaran yang dihadapi masyarakat selain mengenal pasti tindakan susulan yang perlu diambil bersama-sama agensi berkaitan.

“Melalui program ini, saya dapat mendengar sendiri suara rakyat, memahami cabaran yang mereka hadapi dan mengenal pasti tindakan susulan yang perlu diambil demi kepentingan penduduk Tanjong Batu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Bersarapan Bersama Johnny Pang di The Big Bowl Café, ParkCity Commerce Square di sini pada Jumaat.

Johnny Pang bersama-sama Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dalam program santai Bersarapan Bersama Johnny Pang di The Big Bowl Café.

Jelasnya, pendekatan tidak formal seperti ini memberi ruang kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat dengan lebih terbuka, sekali gus membantu kerajaan mengenal pasti keutamaan pembangunan berdasarkan keperluan sebenar di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, setiap isu yang dibangkitkan akan diteliti dan disusuli dengan tindakan sewajarnya mengikut bidang kuasa serta tahap keutamaan bagi memastikan penyelesaian dapat dilaksanakan secara berkesan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU