ARTIKEL

Lee bersama tetamu kehormat lain menaiki Bus Asia Double Deck (dua tingkat) yang akan beroperasi di laluan dari Kuching ke Sadong Jaya.

Program Tambang Bas Kadar Rata RM1 rekod lebih 2.6 juta penumpang setakat tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai lebih 2.6 juta orang di Sarawak menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program Tambang Bas Kadar Rata RM1 dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata Kuching merekodkan bilangan penumpang tertinggi diikuti Sibu, Miri dan Bintulu.

“Kuching merekodkan lebih satu juta orang penumpang manakala Sibu (915,038 orang), Miri (535,570 orang) dan Bintulu (154,607 orang),” katanya ketika menyempurnakan pelancaran Bus Asia Double Deck (dua tingkat) dan BA Logistics Prime Mover di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Dato Alice Jawan Empaling, Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Sarawak Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg dan Pengurus Biaramas Express Sdn Bhd, Lai Sin Kiong.

Dalam pada itu, Lee berkata sejak Program Tambang Bas Kadar Rata RM1 mula diperkenalkan pada tahun 2020, ia telah menarik bilangan orang untuk menggunakan perkhidmatan awam itu.

Katanya pada 2020, bilangan penumpang yang direkodkan adalah seramai lebih 1.2 juta orang manakala pada tahun 2021 seramai lebih 2.5 juta orang dan lebih 3.5 juta orang pada tahun lepas.

Katanya Kuching terus mencatatkan bilangan penumpang tertinggi diikuti Sibu, Miri dan Bintulu.

Manakala mengenai pelancaran Bas Asia Dua Tingkat, Lee optimis ia akan menaikkan lagi status bandar raya Kuching amnya dan Sarawak khasnya sebagai sebuah wilayah yang maju.

“Kita sudah ada Sistem Transit Aliran Autonomi (ART), bas hidrogen dan sekarang bas dua tingkat, jadi boleh dikatan Sarawak sekarang sudah berlainan.

“Dengan bas dua tingkat ini, ia akan menarik serta menggalakkan lagi orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan awam,” katanya.

Sementara itu, Bus Asia dua tingkat akan beroperasi di laluan dari Kuching ke Sadong Jaya manakala BA Logistics Prime Mover dari Kuching ke Miri.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium