ARTIKEL

CERIA... Para peserta program “Projek Care” menyantuni keluarga ibu tunggal sempena menjelang perayaan Hari Krismas

“Projek Care” ceriakan sambutan Krismas ibu tunggal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pelajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyantuni tiga ibu tunggal sekeluarga, memastikan mereka turut bergembira menyambut perayaan Krismas.

Program di bawah “Projek Care” dengan kerjasama Hope Place Kuching berjaya dilaksanakan hasil inisiatif empat pelajar tahun akhir yang berjaya mengumpul dana untuk melaksanakan program terbabit.

Sementara itu, UNIMAS dalam satu kenyataan mengesahkan program bertemakan ‘Sumbangan Anda, Kekuatan Mereka’ adalah untuk menggalakkan semangat memberi kepada komuniti memerlukan.

Menurut kenyataan itu, usaha telah pun dimulakan sejak November lalu dan menyaksikan para pelajar terbabit berusaha mengumpul dana di sekitar kampus.

Bagi menceriakan suasana perayaan keluarga ibu tunggal sebelum menyambut krismas, para peserta program telah melawat kediaman para ibu tunggal dan menghiasi kediaman penerima bantuan dengan hiasan krismas.

“Mereka juga menyerahkan kotak kasih sayang kepada setiap keluarga.

“Kotak ini mengandungi bekalan makanan, barangan rumah, selendang wanita dan makanan ringan,” katanya.

Kenyataan itu menambah, Hope Place turut memberikan hadiah Krismas kepada anak-anak penerima bantuan.

Peserta program, Richard, 22, berkata objektif “Projek Care” telah memberi inspirasi kepada komuniti untuk memberi sokongan emosi dan sosial dalam kalangan mereka yang memerlukan.

“Kami berjaya mengambil peluang sempena Krismas ini dengan memberi keceriaan perayaan, sokongan moral dan semangat kekitaan bersama mereka yang berdepan cabaran hidup,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU