ARTIKEL

Projek jalan baharu tingkat keselamatan penduduk Sungai Ijok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Pembangunan infrastruktur luar bandar terus diperkasa menerusi pelaksanaan projek pembinaan jalan baharu di Kampung Sungai Ijok bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Datuk Seri Julaihi Narawi berkata jalan baharu itu dijangka memberi impak positif kepada penduduk, khususnya dalam memudahkan urusan harian mereka.

Sekitar lawatan Datuk Seri Julaihi Narawi ke tapak projek pembinaan jalan baharu di Kampung Sungai Ijok, Sebuyau, semalam.

Katanya, pelaksanaan projek berkenaan berpotensi merangsang aktiviti ekonomi kampung melalui jaringan perhubungan yang lebih baik dan sistematik.

“Justeru, usaha memastikan projek itu disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan adalah penting dan kualiti kerja perlu dikekalkan pada tahap terbaik agar manfaatnya dapat dinikmati dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke tapak projek bagi meninjau perkembangan semasa, di sini semalam.

Lawatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan kawasan dalam memastikan pembangunan infrastruktur luar bandar terus diberi perhatian demi kesejahteraan rakyat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU