ARTIKEL

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

Projek jalan raya berkembar 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Projek pembinaan jalan raya berkembar dari Jambatan Batang Samarahan hingga ke Jambatan Batang Sadong akan dimulakan tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pelaksanaan projek tersebut juga adalah di bawah pembinan Jalan Utama Kedua (STR).

Katanya, projek berkenaan sudah dianugerahkan kepada Hock Seng Lee Berhad (HSL) ketika ini.

“Sememangnya banyak sekali projek pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan Asajaya, termasuk projek menaik taraf jalan raya.

“Pada tahun hadapan, pembinaan jalan raya berkembar dari Jambatan Batang Samarahan hingga ke Jambatan Batang Sadong juga akan dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Sunathon 2.0 Tahun 2023 di Masjid An-Najah Asaiaya, semalam.

Di bawah projek STR, pembinaan jalan Batang Samarahan-Batang Sadong akan dibahagikan kepada dua subpakej iaitu Pakej A1-A (cadangan pembinaan Jambatan Batang Samarahan baharu dan jalan 9 km) serta Pakej A1-B (Batang Samarahan-Batang Sadong).

Tambahnya, projek pembangunan turut dilaksanakan berterusan di kawasan Asajaya termasuk terusan tebatan banjir dengan kos RM300 juta “Projek ini juga menghubungkan Batang Samarahan dan Batang Sadong serta Tebingan Sungai Tambirat Fasa Dua yang bernilai lebih RM100 juta.

“Terdapat juga projek kecil lain dilaksanakan seperti sistem tebatan banjir di tepi laut kampung untuk menyelesaikan masalah hakisan dan air pasang, melebarkan jalan masuk di semua kampung dan pemasangan lampu jalan.

“Bagi projek lampu jalan, ia sedang dipasang di kawasan penting seperti jeti, surau, masjid, rumah ibadat atau kawasan yang sering dikunjungi penduduk setempat pada waktu malam,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU