ARTIKEL

Huang Tiong Sii meluangkan masa bersama-sama rakyat dalam lawatan kerjanya di kawasan Parlimen Sarikei.

Projek Jalan Raya, Panel Solar Diluluskan di Meradong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Kerajaan meluluskan beberapa lagi projek pembangunan penting bagi meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan penduduk rumah panjang di kawasan Meradong.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii ketika mengadakan lawatan kerja ke beberapa kawasan di Meradong hari ini.

ADUN Repok itu berkata, projek yang diluluskan melibatkan kemudahan asas seperti jalan raya dan bekalan elektrik yang merupakan keperluan utama penduduk luar bandar.

“Antara projek yang mendapat kelulusan ialah pembinaan sebuah tapak letak kereta di Rumah Lingang Saow bagi meningkatkan keselesaan serta kemudahan penduduk setempat,” katanya.

Selain itu, Huang turut meluluskan projek menaik taraf jalan di Rumah Junis Juli selepas meninjau sendiri keadaan laluan berkenaan yang digunakan penduduk setiap hari dan mendapati kemudahan tersebut memerlukan penambahbaikan segera.

Beliau berkata, isu bekalan elektrik yang masih dihadapi oleh sebahagian penduduk rumah panjang turut diberikan perhatian.

“Saya meluluskan cadangan pemasangan sistem panel solar di beberapa kawasan yang berdepan kesukaran mendapatkan bekalan elektrik konvensional, sekali gus menyediakan alternatif yang lebih praktikal dan mampan kepada penduduk,” katanya.

Antara kawasan yang dilawati beliau termasuklah Mador Ili, Sungai Tulai, Sungai Kelupu, Sungai Kawi, Sungai Kijang serta Batu 5 dan Batu 6 Jalan KJD.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,