ARTIKEL

Wilfred Yap menyaksikan penyiapan rasmi projek RTP di Jalan Kuching Ranger Depot ketika melakukan lawatan kerja di sini, hari ini.

Projek naik taraf saliran di Jalan Kuching Ranger Depot siap sepenuhnya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek naik taraf saliran di Jalan Kuching Ranger Depot yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan kos RM250,000 siap sepenuhnya.

ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata, projek ini memberi impak langsung kepada keselamatan dan keselesaan orang ramai.

“Projek ini dilaksanakan bagi menangani masalah saliran dan banjir kilat yang telah lama menjejaskan pengguna jalan raya, premis berhampiran dan komuniti setempat, khususnya ketika hujan lebat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan tapak bagi menyaksikan penyiapan rasmi projek naik taraf saliran di Jalan Kuching Ranger Depo di sini, hari ini.

Tambah beliau, projek naik taraf saliran ini merupakan satu intervensi yang diperlukan dan praktikal.

Menjelas lanjut, beliau berkata pemilihan projek di bawah RTP dibuat berdasarkan maklum balas di peringkat akar umbi dan keperluan setempat.

“Saya akan terus bekerjasama rapat dengan agensi pelaksana bagi memastikan semua projek RTP di kawasan Kota Sentosa dapat dilaksanakan dengan cekap dan memberikan manfaat jangka panjang kepada komuniti,”tegasnya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya, kontraktor yang dilantik dan semua pihak terlibat dalam memastikan projek ini disiapkan mengikut skop kelulusan dan keperluan teknikal yang ditetapkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU