ARTIKEL

Abdul Karim (tengah) merasmikan SFCF semalam.

Projek Pembesaran Jambatan Batang Samarahan dan Batang Sadong dijangka bermula hujung tahun ini atau awal tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMARAHAN: Projek Pembesaran Jambatan Batang Samarahan dan Batang Sadong dijangka bermula pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia adalah projek di bawah Kerajaan Sarawak yang dikendalikan oleh Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA).

“Projek tersebut telah diluluskan dan kontraktor telah pun dikenal pasti.

“Jalan raya berkembar antara kedua-dua jambatan itu akan dibina, dan kita menunggu kontraktor menjalankan kerja-kerja berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Festival Makanan dan Budaya Samarahan (SFCF) di Pusat Beli-Belah Aiman di sini, semalam.

Abdul Karim (tiga kiri) melawat gerai perniagaan di SFCF semalam.

Tambahnya, projek menyiapkan projek itu mungkin akan memakan masa kerana melibatkan pembesaran jambatan.

“Saya melihat dan menjangkakan mungkin akan siap dalam tiga ke empat tahun,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai SFCF yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), beliau berharap agar ia dapat dianjurkan setiap tahun.

Menurutnya, Samarahan mempunyai tarikan makanan unik pelbagai kaum.

Sebanyak 57 gerai jualan makanan dan minuman pelbagai jenis di SFCF mula berniaga sejak semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, Pengerusi MPKS, Datuk Peter Minos dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Datuk Sherrina Hussaini.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan