ARTIKEL

Dato Yusuf Abd Wahab meninjau keadaan sekolah selepas menyaksikan majlis penyerahan projek siap blok bilik darjah dan dua unit kuarters guru berkembar jenis B SK Salah Kechil.

Projek RM6.3 juta SK Salah Kechil siap lebih awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJONG MANIS: Penantian warga Sekolah Kebangsaan (SK) Salah Kechil untuk menikmati prasarana pendidikan lebih selesa berakhir apabila projek pembinaan semula sekolah bernilai RM6.3 juta berjaya disiapkan lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab berkata, projek berkenaan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyediakan kemudahan lebih baik kepada murid dan guru.

Beliau berkata, projek yang dijadualkan mengambil masa 27 bulan itu berjaya diselesaikan lebih awal, sekali gus membolehkan warga sekolah menggunakan kemudahan baharu tanpa perlu menunggu lebih lama.

“Sudah pasti perkembangan ini amat menggembirakan seluruh warga sekolah kerana kemudahan baharu ini sememangnya amat diperlukan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondusif,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan projek siap, hari ini.

Menurutnya, pembangunan berkenaan dilaksanakan menerusi Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di Negeri Sarawak di bawah Peruntukan RM1 Bilion (Fasa 3).

Katanya, kejayaan menyiapkan projek itu mencerminkan komitmen serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam mempercepat usaha menaik taraf sekolah daif di negeri ini.

“Setiap projek yang disiapkan bukan sekadar memberikan kemudahan fizikal yang lebih baik, malah menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti pendidikan, khususnya bagi masyarakat di kawasan Parlimen Tanjong Manis,” katanya.

Yusuf berkata, skop pembangunan merangkumi sebuah blok bilik darjah baharu bagi menyediakan ruang pembelajaran lebih selesa dan sesuai, selain dua unit kuarters guru berkembar jenis B untuk memenuhi keperluan penginapan tenaga pengajar.

Selain itu, projek berkenaan turut membabitkan pembinaan sebuah blok tandas baharu serta kerja berkaitan pendawaian elektrik, mekanikal dan kerja luar bagi melengkapkan serta menambah baik keseluruhan kemudahan sekolah.

BERITA LAIN

AI boleh jana pendapatan dan kembang perniagaan

MIRI: Teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu membuka peluang ekonomi baharu kerana bukan sahaja memudahkan urusan harian, malah boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan, mengembangkan perniagaan dan

BERITA TERBARU

AI boleh jana pendapatan dan kembang perniagaan

MIRI: Teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu membuka peluang ekonomi baharu kerana bukan sahaja memudahkan urusan harian, malah boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan, mengembangkan perniagaan dan