ARTIKEL

Mohamad Duri, Muhammad Dino serta pihak lain bergambar kenangan seusai Sesi Libat Urus Projek Bina Baharu Pusat Penjaja Daerah Saratok di Bilik Mesyuarat Tingkat Satu, Perpustakaan Awam MDS.

Projek Tebingan Saratok tidak jejas peniaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan aktiviti ekonomi peniaga dan penjaja tidak terjejas sepanjang pelaksanaan Projek Tebingan Saratok yang dijangka bermula dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, peniaga dan penjaja di Pasar Awam Saratok akan ditempatkan sementara di kawasan bersebelahan bangunan Perpustakaan Awam Saratok sepanjang tempoh pembinaan projek berkenaan.

Kawasan berkenaan disediakan Majlis Daerah Saratok (MDS) bagi membolehkan peniaga meneruskan perniagaan harian tanpa gangguan besar.

“Ini merupakan antara usaha kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan sumber pendapatan serta aktiviti ekonomi peniaga dan penjaja tidak terjejas,” katanya pada Sesi Libat Urus Projek Bina Baharu Pusat Penjaja Daerah Saratok.

Beliau berkata, kerjasama peniaga dan penjaja amat diperlukan bagi memastikan proses pemindahan sementara berjalan lancar dan memberi laluan kepada pelaksanaan projek.

Projek Tebingan Saratok diyakini mampu mengubah landskap pekan Saratok apabila siap kelak, sekali gus menjadikan pekan berkenaan lebih moden dan tersusun.

Menurutnya, projek itu dijangka menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi setempat serta meningkatkan daya tarikan pekan Saratok pada masa hadapan.

Sesi libat urus berkenaan dipengerusikan Pegawai Daerah Saratok merangkap Pengerusi MDS, Muhammad Dino Amid dan berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat Satu, Perpustakaan Awam MDS.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road