ARTIKEL

PENGARAH BEFR…Abdullah Jawawi.

Promosi istimewa BEFR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Keceriaan pasti tergambar pada raut wajah ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mereka serta keluarga bersantai di Borneo Empurau Farm & Resort (BEFR), Tarat Serian.

Pusat percutian berkonsepkan agropelancongan serta ekopelancongan yang unik itu menawarkan pakej istimewa bagi bayaran kemasukan untuk penginapan.

Pengarah BEFR, Abdullah Jawawi memberitahu, pakej istimewa disediakan pihaknya untuk tiga pusat penginapan di BEFR yang mencakupi kediaman berkonsepkan rumah panjang, rumah moden dan bilik klasik.

Menurut Abdullah, bayaran RM350 satu malam penginapan dua orang. Manakala, RM400 untuk kediaman berkonsepkan rumah panjang bagi keluarga yang terdiri daripada lapan orang.
Berbanding, RM500 bagi kediaman berkonsep rumah moden yang terdapat di BEFR untuk lima orang bagi satu malam.

“Pengunjung yang menikmati pakej tersebut berpeluang melawat pelbagai tempat menarik yang terdapat di BEFR,” ujar Abdullah kepada Suara Sarawak.

Beliau menegaskan, pihaknya menyediakan pakej istimewa ini kepada pengunjung sempena Bulan Kemerdekaan.

“Tawaran ini berkuat kuasa dari 1 hingga 31 Ogos ini,” tambah Abdullah.

Pusat ternakan ikan eksotik termahal di Malaysia tersebut mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati.

Antaranya, taman tema air, taman burung, pusat akuakultur, pusat ternakan berskala besar dan banyak lagi.

PAKEJ ISTIMEWA…Poster mini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,