ARTIKEL

Promosi perbelanjaan tanpa tunai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Sheda Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok menyifatkan jalinan kerjasama terhasil antara Sarawak Pay dengan Union Pay membuka pintu baharu SPay Global ke peta dunia.

Katanya, sistem pembayaran tanpa tunai ini akan dapat menjimatkan banyak masa dan jimat kos untuk membantu transaksi perniagaan kecil.

“Urus niaga tanpa tunai membantu mengurangkan krisis tunai dan lebih penting ia amat rekevan ketika pandemik Covid-19 yang mana hubungan fizikal melalui wang kertas dapat dikurangkan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Baginya sistemnya yang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengguna dan peniaga itu sangat relevan.

“Malah ia memberi wang tunai kepada pengguna, cirinya sangat menarik yang membantu pengguna dan peniaga untuk mengurangkan kos. Kita amat berharap agar ciri ini dapat dikekalkan agar sistem e-pembayaran yang lain dapat bersaing.

“Malah had yang dicadangkan bagi mata wang 1,000 Euro akan terus mempromosikan SPay Global sebagai aplikasi pembayaran tanpa tunai terbesar.

“Selain membantu pengguna daripada menyimpan wang tunai dalam jumlah yang besar ketika melakukan pengembaraan atau untuk memudahkan transaksi pembayaran digital dalam pasaran atas talian,” ujarnya lagi.

Beliau yakin aplikasi itu menunjukkan prestij yang terbaik dengan rangkaian e-dompet terbesar di dunia.

“Ini akan membantu memudahkan urusan perniagaan dari Sarawak dan Malaysia ke pentas dunia, kesannya kita ini boleh membayar, menerima wang dengan dunia dengan mudah walaupun berada di Kepulauan Borneo ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat