ARTIKEL

Protoe. e.MAS menanti pemain golf pada pertandingan Gawai Golf 2026. Foto Levrone Aigle

Proton e.MAS5 Menanti Pemenang Hole-in-One Gawai Golf 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hadiah berupa sebuah Proton e.MAS5 (prime) bernilai RM60,000 menanti peserta Pertandingan Gawai Golf 2026 yang berjaya melakukan pukulan selubang (hole-in-one) yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS), di sini Sabtu ini.

Penaung Pertandingan Gawai Golf 2026, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, kejohanan tahunan ini bukan sekadar pertandingan golf, malah menjadi platform yang menyatukan pemain daripada pelbagai latar belakang.

Menurut beliau, kejohanan itu terbuka kepada semua tanpa mengira kaum dan komuniti, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi kekuatan masyarakat Sarawak.

“Gawai Golf bukanlah kejohanan yang berasaskan kaum atau komuniti tertentu. Ia terbuka kepada semua dan mencerminkan semangat perpaduan rakyat Sarawak serta Malaysia secara keseluruhannya,” katanya pada sidang media di KGS, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Penganjur Gawai Golf 2026, Wilfred Mujah, berkata, KGS sentiasa menerapkan elemen kebajikan dalam setiap kejohanan yang dianjurkan sempena musim perayaan.

Menurutnya, setiap ahli KGS menyumbang RM1 sebulan ke tabung kebajikan kelab bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pada masa sama, beliau berharap lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam sukan golf bagi memastikan kesinambungan sukan tersebut pada masa hadapan.

Sementara itu, Kapten Kelab Golf Sarawak, Roland Phang Cheng Xian berkata, kejohanan tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa sokongan berterusan daripada para penaja.

Beliau berkata, sokongan yang diberikan selama ini membolehkan Gawai Golf terus dianjurkan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti golf.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan penajaan Gawai Golf 2026 melebihi RM200,000 termasuk hadiah hole-in-one, cabutan bertuah dan sumbangan dalam bentuk barangan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,