ARTIKEL

SERAH... Cikgu Edi Rosli (kanan) menyerahkan jersi tajaannya kepada Cikgu Abdul Aziz Mohamad Sanusi (kiri).

PSKPP Samarahan terima tajaan jersi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sokongan moral berterusan diberikan buat pasukan bola sepak veteran PSKPP Samarahan dalam mengharungi Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Peringkat Negeri Sarawak Ke-44.

Jagoan terbilang yang begitu digeruni kredibiliti mereka ketika ini terus menerima tajaan dua set jersi.

JERSI KEDUA… Cikgu Abdul Aziz Mohamad Sanusi (kiri) menerima jersi tajaan tersebut.

Tajaan jersi tersebut datang daripada pesara guru, iaitu Cikgu Edi Rosli, dan majlis ringkas penyerahannya berlangsung semalam.

“Terima kasih kepada Cikgu Edi Rosli atas sokongan yang diberikan menerusi tajaan jersi tersebut,” katanya.

“Saya percaya sokongan menerusi tajaan jersi tersebut mampu mencetuskan semangat berganda kepada pemain yang akan bertanding nanti,” ujar Pengurus Pasukan, Cikgu Abdul Aziz Mohamad Sanusi kepada Arena Suara Sarawak.

Pesta PSKPP Peringkat Negeri Sarawak Ke-44 akan berlangsung di Limbang dan Lawas bermula dari 1 hingga 4 Oktober depan.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berharap para pemain dapat menampilkan aksi terbaik sepanjang saingan sebenar kelak.

Untuk rekod, acara bola sepak veteran akan berlangsung di Lawas.

Pasukan bola sepak veteran PSKPP Samarahan pada saingan kali ini diundi berada dalam Kumpulan C bersama PSKPP Serian dan PSKPP Sibu.

Abdul Aziz memberitahu, pasukannya kini menggunakan tempoh masa yang ada untuk memperkemas jentera.

Dengan kata lain, fokus diberikan kepada latihan selain meningkatkan tahap kecergasan para pemain.

“Latihan kami ketika ini lebih fokus kepada meningkatkan tahap kecergasan pemain,” jelasnya.

“Pada masa sama, kami cuba menerapkan taktikal dan sebagainya,” tegasnya.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha