ARTIKEL

Padsakorn berucap pada pelancaran program Hydro Sprout Initiative dan Nourish Nature, Nurture Future di pekarangan Perpustakaan Awam BDA Cawangan Kidurong pada Jumaat.

PTTEP Lancar Hydro Sprout Initiative, Program Tani Hidroponik Komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: PTT Exploration and Production Public Company Limited(PTTEP) Malaysia memperkukuh komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Sarawak menerusi pelancaran ‘Hydro Sprout Initiative’.

Ia satu program pertanian hidroponik komuniti yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah (B40) di Bintulu untuk menjana pendapatan dan meningkatkan keterjaminan makanan secara mampan.

Program tiga tahun ini merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Komuniti (CDP) melalui kerjasama strategik antara PTTEP, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak dan Kelab Lions Bintulu Kidurong.

Menurut Pengurus Negara PTTEP Malaysia, Padsakorn Suwanruji, program itu dirangka untuk memperkenalkan kaedah pertanian moden kepada komuniti B40 serta menyediakan platform keusahawanan kepada peserta.

“Kami memulakan usaha ini dengan hasrat untuk mencipta perubahan sebenar. Inilah yang dilakukan oleh ‘Hydro Sprout Initiative’ menerusi pengenalan pertanian mampan kepada masyarakat B40, memperkukuh keterjaminan makanan dan menyediakan alat keusahawanan agar mereka dapat berdikari dan membina kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada pelancaran program Hydro Sprout Initiative dan Nourish Nature, Nurture Future di pekarangan Perpustakaan Awam BDA Cawangan Kidurong pada Jumaat.

Padsakorn bersama-sama Datuk Haidar menuang air ke dalam replika logo PTTEP sebagai simbolik pelancaran program Hydro Sprout Initiative dan Nourish Nature, Nurture Future.

Simbolik pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi BDA Datuk Haidar Khan Asghar Khan dengan disaksikan pengurus besar BDA Datuk Muhammad Yakup Kari dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap presiden Kelab Lions Bintulu Kidurong, Angellie Stephen Raja.

Tegas beliau lagi, kejayaan program ini terletak pada perkongsian pintar dengan organisasi tempatan yang membawa kepakaran, sumber dan komitmen terhadap kelestarian komuniti.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan organisasi-organisasi utama ini dalam mencipta model pertanian hidroponik yang mampan dan berimpak tinggi. Inisiatif ini bukan sahaja menyentuh aspek pertanian, tetapi juga memperkasakan komuniti dari segi pengetahuan, kemahiran dan keusahawanan,” ujarnya lagi.

Pada masa ini, seramai 10 peserta dari Bintulu sedang menjalani latihan komprehensif teknik hidroponik di bawah bimbingan pakar dan dijangka memulakan tuaian pertama dalam masa terdekat.

Dalam usaha memperluas impak sosial dan alam sekitar, PTTEP turut melancarkan kempen “Nourish Nature, Nurture Future”, yang merangkumi penanaman 500 pokok dan program pengumpulan sisa elektronik (e-waste) melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk BDA, UPM Sarawak, Jabatan Alam Sekitar (DOE) Bintulu, NREB Sarawak dan e-Concern (M) Sdn. Bhd.

Padsakorn menegasakan inisiatif ini adalah sebahagian daripada aspirasi PTTEP dalam menyokong pembangunan lestari.

“Kami tidak hanya fokus kepada pertanian, tetapi kepada pembinaan daya tahan masyarakat dan pemuliharaan alam sekitar. Ia mencerminkan tanggungjawab kami terhadap pengurangan jejak karbon, pelestarian biodiversiti dan peningkatan kesedaran awam,” katanya lagi.

Padsakorn bersama Datuk Haidar meninjau tanaman hidroponik usai melancarkan program Hydro Sprout Initiative dan Nourish Nature, Nurture Future.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,