ARTIKEL

PTTEP Malaysia lancar program hijau, tanam pokok di Hutan Simpan Nirwana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebagai usaha dan langkah dalam melindungi alam sekitar, PTTEP Malaysia telah melancarkan Program Penghijauan dan Penanaman Pokok di Hutan Simpan Nirwana, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), baru-baru ini.

Inisiatif tersebut merupakan kerjasama antara UPMKB, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), dengan Jabatan Alam Sekitar, Cawangan Bintulu (DOE).

Ketua Aset Malaysia – Sarawak, PTTEP Malaysia Denkey Thatchaichawalit berkata, penglibatan PTTEP dalam projek tersebut antara lain bertujuan bagi mengukuhkan lagi komitmen pihaknya terhadap dua tonggak utama tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan iaitu alam sekitar dan pendidikan.

“Justeru, kita komited dan bertekad untuk melindungi dan memupuk ekosistem yang sihat, terutamanya dalam kalangan komuniti di negeri Sarawak.

“Alam merupakan unsur penawar semula jadi, dan kami ingin mempromosi dan mendidik mengenai kepentingan dalam mengurangkan perubahan iklim dan penyediaan habitat flora dan fauna menerusi inisiatif ini,” katanya ringkas.

Selain itu katanya, ia juga bertujuan bagi menyokong inisiatif penanaman 35 juta pokok di Sarawak, sejajar dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia, di samping mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya Matlamat ke 13 – Tindakan Iklim, dan Matlamat ke 15 – Hidupan di Darat.

Bertemakan ‘Suburkan Alam, Pupuk Masa Depan’, kerjasama ini diharap dapat menggalakkan budaya kelestarian demi manfaat generasi muda di negeri ini.

Sebanyak 300 spesies pokok campuran setempat dan buah-buahan telah ditanam dengan menggunakan kaedah Takik dan Ketumpatan Tinggi, iaitu amalan hortikultur yang sesuai dengan keadaan tanah di tapak penanaman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU