Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Pusat Falak Bintulu serba lengkap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SIMBOLIK… Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyaksikan penyerahan Pusat Falak Bintulu.

BINTULU: Kewujudan tempat melihat hilal atau anak bulan di Bintulu bermula sejak 2003 selepas mendapat persetujuan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Malaysia.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pejabat tersebut bersetuju menjadikan stesen rukyah hilal di Tanjung Batu sebagai antara 29 tempat melihat hilal di seluruh negara.

Malah menurutnya, Pusat Falak Bintulu dibangunkan di tapak sedia ada dengan pembinaanya betmula pada Julai 2020 dan sepatutnya siap 2021.

“Memandangkan negara kita berada dalam keadaan pendemik Covid-10 maka tempoh waktu untuk menyiapkan projek berkenaan telah berubah.

“Alhamdulillah, projek Pusat Falak Bintulu yang menelan belanja RM4.9 juta siap sepenuhnya 9 November 2022 yang lalu dan memulakan operasinya pada 1 Februari 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pusat Falak Bintulu semalam.

Dr. Abdul Rahman menjelaskan, pusat tersebut bertindak sebagai pusat cerapan dan takwim, pusat penyelidikan dan pembangunan, pusat pendidikan dan perkembangan ilmu falak dan astronomi serta pusat astro pelancongan.

Baca lain  Sarawak catat 496 kes, 16 kematian sehingga 4 November

Melihat kepada signifikan penguasaan ilmu falak dan astronomi katanya, kerajaan menyokong usaha, perancangan, penganjuran dan pelaksanaan aktiviti untuk memajukan bidang falak serta astronomi di Sarawak.

“Saya bersyukur dan kagum atas usaha merealisasikan Pusat Falak Bintulu yang dahulunya hanya memiliki stesen cerapan sementara yang dibina di atas simen konkrit tetapi sekarang mempunyai bangunan yang tersergam indah.

“Semoga harapan dan wawasan ini dapat direalisasikan melalui usaha serta peranan dilakukan Jabatan Mufti Sarawak dan Majlis Islam Sarawak,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru