KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak menjemput orang ramai untuk menyertai forum “Sarawak Gemilang untuk Semua” secara dalam talian bersempena sambutan Hari Sarawak tahun ini.
Program itu akan disiarkan menerusi media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Facebook (pustaka.sarawak) dan saluran YouTube (pustakasarawak) pada 22 Julai (Khamis) jam 2.30 petang.
Selain itu, penyertaan juga ditawarkan secara percuma dan orang ramai boleh mendaftar di https://www.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1626417184 atau imbas pada Kod QR di poster.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pustaka Negeri Sarawak di Sektor Perkhidmatan Depositori, Pustaka Negeri Sarawak di talian 082-440488, menerusi e-mel statedepository@sarawak.gov.my atau Dayang Nur Syima Awang Adrus menerusi e-mel cmasyima@sarawak.gov.my
Moderator untuk program ini adalah Japri Bujang manakala ahli panel terdiri daripada Pensyarah, Universiti Malaysia Sabah Dr. Bilcher Bala; Pensyarah, Swinburne University of Technologi Dr. Ong Liap Teck; Pensyarah, Universiti Teknologi Mara, UiTM Dr. Nadrawina Isnin; dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Teknologi Mara, UiTM Amir Zuhaily Zaidan.


