KUCHING: Beberapa lokasi di bandar raya Kuching semalam meriah dikerumuni orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar serta mendapatkan tanda tangan putera raja tampan idaman.
Tempat-tempat dijadualkan sebagai lokasi lawatan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelihatan dipenuhi orang ramai setia yang menanti berjam-jam, semata-mata hendak menatap dan bersua muka dengan kerabat diraja berkenaan.
Dalam rangka lawatan kerja lima hari dari 15 hingga 19 Januari bagi meneroka dasar Kerajaan Sarawak yang komited mempromosikan tenaga hijau, kehadiran Tengku Hassanal sekali lagi membawa demam anak raja kepada masyarakat di sini.
Dalam perkongsian di Instagram semalam, Tengku Hassanal melahirkan keterujaan baginda kembali menjejak kaki ke Sarawak dan sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat negeri ini.
. “Saya sangat gembira untuk kembali ke Sarawak, sebuah wilayah yang mempesonakan dan saya sangat terharu untuk kembali bersatu semula dengan rakyatnya yang hebat,” katanya semalam.
Berita lanjut dalam epaper percuma STSS



