ARTIKEL

lawn tennis, Sarawak Inter-State Club Tennis Piala YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Qaybee, Khairuddin Baharom, Singapore ALC
Abdul Karim (belakang, lima kiri) bergambar bersama barisan pasukan juara, Qaybee.

Qaybee juara Sarawak Inter-State Club Tennis Piala YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelab himpunan bekas pemain kebangsaan, Qaybee, menepati ramalan apabila mereka merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Sarawak Inter-State Club Tennis Piala YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ia berlangsung di padang Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA), baru-baru ini.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan kendalian Khairuddin Baharom membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000, pingat serta piala pusingan.

Abdul Karim (tengah) berswafoto bersama pasukan dari Kuala Lumpur.

Ia sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri buat kelab itu kerana ia merupakan pembabitan pertama mereka dalam kejohanan berkenaan sejak ditubuhkan pada 2017.

“Kali pertama kita di sini atas jemputan daripada pihak SLTA.

“Kejohanan yang baik, dan kita sudah sedia maklum Sarawak merupakan antara lokasi penganjuran (tenis) terbaik, bukan sahaja tempatan tapi pada peringkat antarabangsa,” ujar Khairuddin kepada pemberita di sini, hari ini.

Qaybee berjaya mengatasi pasukan Singapore ALC dengan memenangi empat daripada lima perlawanan mengikut kategori pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Singapore ALC, yang terpaksa berpuas hati menduduki tangga kedua, memperoleh hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 berserta pingat.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan CTC dan pasukan KL Grinders.

Kejohanan itu turut melibatkan kelab dari negara jiran, iaitu Indonesia.

Ini sekali gus menjadikan kejohanan ini pentas himpunan pemain antarabangsa dari Indonesia dan juga Singapura.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada sidang media selepas majlis, Abdul Karim memberitahu kejohanan sama pada tahun hadapan akan menawarkan hadiah yang lebih lumayan kepada pemenang.

“Tahun hadapan untuk kejohanan sama, mungkin kita akan menggandakan jumlah hadiahnya.

“Usaha ini sebagai galakan buat para pemain untuk menyertai kejohanan, bukan sahaja dari bahagian di Sarawak malah wakil dari negara lain juga,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU