ARTIKEL

Facebook: QISYA AZZALEA

QISYA AZZALEA harumkan nama Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEBERANIAN, disiplin dan minat mendalam dalam dunia peragaan membawa seorang bakat muda Malaysia, Qisya, mencipta nama di pentas antarabangsa apabila dinobatkan sebagai juara utama bagi kategori remaja di Legend Universal Beauty Pageant 2025.

Pencapaian luar biasa ini sekali lagi membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan besar, asalkan disertai usaha gigih, sokongan kukuh dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarganya, malah turut mengharumkan nama Malaysia di mata dunia fesyen dan peragaan.

Perjalanan Qisya, atau nama sebenarnya Wan Nur Qisya Azzalea Wan Mohd Suriman, 11 tahun, dalam dunia peragaan bermula seawal usia lima tahun.

Walaupun cita-cita asalnya adalah untuk bergelar pramugari, kecenderungannya terhadap dunia fesyen dan pentas peragaan muncul secara semula jadi.

Ketika kanak-kanak lain masih ligat bermain dan mengenal dunia, Qisya sudah berani melangkah ke laluan peragaan sambil menyertai pelbagai pertandingan yang membuka ruang untuknya menimba pengalaman awal.

Remaja ini gemar berdandan, sering memilih busana cantik dan amat suka menonton video peragaan seperti pertandingan ratu cantik serta pertunjukan fesyen di media sosial.

Dari situlah datangnya inspirasi yang membentuk minatnya sehingga menjadi sebahagian daripada identiti dirinya pada hari ini.

Dalam perjalanan menuju kejayaan besar di Legend Universal, Qisya tidak melupakan jasa dan sokongan penganjur yang membuka jalan untuknya menimba pengalaman berharga. Kepada penganjur pertandingan, Maggie Leong, Qisya menitipkan ucapan penuh rasa syukur dan penghargaan atas peluang yang diberikan.

“Qisya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada Qisya untuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Terima kasih kerana mempercayai bakat yang dimiliki Qisya,” ujarnya dengan penuh rendah hati.

Tidak ketinggalan, ucapan khusus turut ditujukan kepada Pengarah Kebangsaan, Kimi Tomas, yang menganjurkan Miss Divine Kuala Lumpur, iaitu pertandingan yang menjadi batu loncatan bagi penyertaan Qisya di Legend Universal Beauty Pageant.

“Qisya ingin berterima kasih kepada Kimi kerana menganjurkan Miss Divine KL dan memilih Qisya sebagai juara Miss Divine Pra Remaja, sehingga membawanya ke Legend Universal Beauty Pageant.

Sokongan, layanan mesra dan pengurusan yang sangat teratur menjadikan pengalaman ini benar-benar istimewa,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, ibu bapa Qisya turut menzahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan kepada anak mereka.

Mereka berterima kasih kepada penganjur kerana menyediakan platform profesional yang membantu Qisya menonjolkan bakat yang dimilikinya. Sebagai penyokong utama di belakang Qisya, ibu bapanya menzahirkan penghargaan mendalam kepada pihak penganjur.

“Kami amat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana menyediakan platform profesional dan bermanfaat untuk Qisya menonjolkan bakatnya.

Bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang program ini amat kami hargai,” kata ibunya, Nurul Fatimah Che Alias.

Menurut beliau, bimbingan, tunjuk ajar dan pengalaman yang diperoleh sepanjang penyertaan dalam program tersebut amat dihargai dan memberi kesan positif terhadap perkembangan diri Qisya.

Malah, beliau turut meluahkan rasa bangga melihat keyakinan serta kematangan anak mereka berkembang selaras dengan pelibatannya dalam dunia peragaan. Bagi mereka, kejayaan sebenar bukan sekadar gelaran juara, tetapi pembentukan sahsiah dan keperibadian yang baik.

Di sebalik sinar kemenangan yang dikecapi, Qisya turut berdepan pelbagai cabaran yang menuntut kekuatan mental dan fi zikal.

Persaingan sengit antara peserta berbakat dari dalam dan luar negara memerlukan beliau kekal positif dan berfi kiran terbuka, selain belajar mengawal tekanan semasa pertandingan.

Cabaran mengekalkan penampilan pula kadangkala memberi tekanan, namun disiplin yang tinggi membantu beliau mengatasi kepayahan tersebut.

Selain itu, pengurusan masa menjadi ujian paling besar apabila Qisya perlu membahagikan masa antara pelajaran, kelas peragaan, kelas tarian, sesi pemakaian, latihan, penggambaran serta komitmen lain yang menuntut perhatian sepenuhnya.

Namun, semua cabaran ini membentuk dirinya menjadi lebih matang dan berdikari.

Kemenangan di Legend Universal bukan sekadar kejayaan sementara, tetapi menjadi permulaan baharu dalam perjalanan Qisya sebagai seorang bakat muda yang semakin menyerlah di Malaysia.

Dengan disiplin yang dimiliki, keyakinan yang semakin meningkat serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarga dan penganjur, masa depan Qisya dalam industri peragaan dilihat sangat cerah.

Dalam pada itu, Qisya bertekad untuk terus melangkah jauh sambil membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa dengan penuh rasa bangga.

Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keberanian anak muda Malaysia mampu mengangkat nama negara ke peringkat dunia, dan Qisya menjadi salah satu bukti bahawa impian besar mampu digenggam apabila disertai usaha yang konsisten serta hati yang tidak pernah berputus asa.

BERITA LAIN

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road