KUCHING: Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana di kediamannya di Matang Jaya.
Menurutnya, sambutan kali ini diadakan secara sederhana kerana bapa mertuanya baru sahaja meninggal dunia lapan hari yang lalu akibat sakit tua.


“Tahun ini saya hanya menyambut bersama anak-anak sahaja, tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya.
“Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Matang Jaya, hari ini.
Rakan-rakan beliau daripada pelbagai kaum dan agama turut berkunjung bagi memeriahkan majlis.
Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti rendang, ketupat, kari ayam, udang galah, kuih-muih, kek lapis, dan lain-lain.


