ARTIKEL

JUARA.. Rakhmadhani M.Djauhari.

Rakhmadhani juara terbuka lelaki DBKU Race Road 1.0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelumba Indonesia, Rakhmadhani M.Djauhari, 34, merangkul juara kategori terbuka lelaki kejohanan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Road Race 1.0 yang berlangsung, hari ini.

Rekod kayuhan 2 jam 42 minit 37 saat wakil dari Kelab Een’s Bike itu sekali gus memuktamadkan kedudukannya selaku juara meninggalkan Ridho Al Hafiz dengan catatan 2 jam 42 minit 49 saat.

Sementara tempat ketiga dimenangi oleh wakil tuan rumah, Aizat Osman dengan catatan masa 2 jam 44 minit 13 saat.

Atlet berasal dari Pontianak itu mengakui tidak menghadapi sebarang cabaran khususnya trek perlumbaan berikutan sudah beberapa kali menyertai kejohanan berbasikal yang dianjurkan di sekitar Kuching.

“Treknya tidak begitu masalah bagi saya memandangkan sebelum ini sudah sering mengikuti kejohanan di sini.

“Bercakap mengenai trek (laluan perlumbaan), saya berpendapat laluan juga mencabar namun menyeronokkan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau mengakui kejohanan perlumbaan berbasikal di Sarawak antara yang ingin disertai mengambil kira keadaan laluannya yang menarik serta mendapat sokongan daripada pencinta sukan berbasikal.

Dalam perkembangan sama, Rakhmadhani memberi bayangan akan terus mempergiat pembabitannya dalam kejohanan berbasikal di Sarawak pada masa akan datang.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha