KUCHING: Istiadat penghormatan terakhir mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini mula dibanjiri orang ramai seawal jam 7.30 pagi tadi.
Rata-rata rakyat tanpa mengira usia, bangsa dan agama hadir tidak melepaskan peluang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Hadir dengan berpakaian serba hitam tanda berkabung dan berdukacita dengan pemergian figura Bapa Permodenan Sarawak terbabit.
Hari ini, orang awam tanpa mengira perbezaan diberikan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dari jam 8 pagi hingga pukul 12 tengah har di Bangunan DUN di sini
Seterusnya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri.
Jenazah juga bakal disemadikan di perkuburan keluarga di Demak Jaya selepas solat Zohor.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Tun Taib tiba di Bangunan DUN Sarawak bagi istiadat penghormatan negeri pada jam 7:50 pagi tadi.
Gambar oleh: Ramidi Subari & Ghazali Bujang












