SKUAD Harimau Malaya bakal memperbaiki ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), di tangga ke-138 pada April nanti, setelah mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1.
Mereka mengalahkan Hong Kong 2-0 malam kelmarin dan mengatasi Turkmenistan 1-0 Khamis lalu. Kedua-dua aksi berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. Ini bermakna, skuad bimbingan Kim Pan Gon meraih, 10.12 mata. Sebelum dua aksi tersebut, Malaysia di tangga ke-145. Hong Kong 146, dan Turkimenistan 135.
Berdasarkan perkongsian daripada laman sesawang Footy Rankings, keputusan tersebut sekalivgus memberikan tambahan mata sebanyak 5.27 dalam ranking FIFA sekalivgus naik ke tangga 139 dunia dengan jumlah 1077.29 mata.
Perubahan kedudukan ranking itu berlaku selepas Mexico menewaskan Surinam (ranking 139) 2-0 dalam saingan Liga Negara Concacaf pada 24 mac. Pada perlawanan kedua, Harimau Malaya mengutip sebanyak 4.84 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong (ranking 146) sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1083.13 mata.
Dengan jumlah itu, Harimau Malaya dijangka naik 4 anak tangga ke kedudukan ranking 138 dunia mengatasi negara seperti Ethiopia, Suriname, Burundi dan Eswatini. Kali terakhir Malaysia masuk dalam kelompok 130-139 dunia ilah pada Ogos 2010.
Kedudukan ini boleh berubah sekiranya Malaysia konsisten mencatat kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang seterusnya. Kedudukan ranking ini penting untuk menentukan balang undian rasmi Piala Asia 2023 pada Mei depan. Malaysia memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk naikkan mata ranking FIFA supaya berpeluang berada di balang undian yang lebih baik untuk saingan kelayakan Piala Dunia 2026.
Hal ini kerana Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah merangka format baharu kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 untuk menentukan cara terbaik memilih pasukan ke Piala Dunia berdasarkan jumlah slot yang telah ditetapkan. Pasukan di ranking 26 hingga 27 Asia akan bermain di pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia melibatkan satu perlawanan (Home & Away). Ketika ini, Malaysia berada di ranking 25 Asia dan bakal beraksi dalam pusingan kedua.