ARTIKEL

RAPUH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ingatlah sesekali akal juga

seperti kayu dan kuatnya

tak menentu menjadi rapuh

kesan dari cuaca

ia membawa petunjuk

akal itu bukannya iman

mudah luruh apabila terpukau

dek perasaan

kembalilah kepada ajaran

Tuhan mengukuhkan dada

dengan seruan tauhid

teguhkan yang rapuh

bersama dinding penahan iman.

Warisan Puteri, N. SEMBILAN.

06.11.2025

CHUA VUI KIONG

ETIKA BERPAKAIAN

sewaktu berangkat
ke institusi kesusilaan,
aku mengenakan badanku
sepersalinan kesopanan;
meski sederhana,
namun cukup untuk menutup aib

setiba di muka pintu etika,
kunampak sekerumun tubuh ingkar
yang berbusana tapi bogel.
akhirnya padan muka mereka
kerana dipersilakan pulang belajar adab
oleh tangan-tangan tegur
yang menyantuniku


CHUA VUI KIONG
SJKCHH Klang, 12 Nov 2025

Rokiah Puteh

GURINDAM PELIHARA MARUAH WANITA

Jika wanita teguh beriman,

Sarat manfaat jadi pedoman.

Jika wanita menuntut ilmu,
Tinggilah darjat di sisi Tuhanmu.

Apabila jiwa  berniat ikhlas,
Setiap amalan Tuhan membalas.


Apabila aurat elok terjaga,

Wanita mulia tampil berharga.

Apabila budi jadi perhiasan,
Indah pekerti tiada batasan.

Jika sabar menahan sengsara,
Terelak  kiasan cemar  bicara.

Barang siapa menabur kasih,
Rumahtangga damai tiada tersisih.

Jika wanita hormatkan suami,
Turunlah rahmat indah bersemi.

Jika iman jadi pegangan,
Wanita hebat tiada bandingan.

Apabila wanita maruah terjaga

Selamatlah dunia hingga syurga.

Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU