ARTIKEL

Nazihan menunjukkan ikan kembung betina yang dijualnya di Pasar Sentral Sarikei.

Rasa Lebih Sedap, Tekstur Lembut, Ikan Kembung Betina Jadi Pilihan di Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Ikan kembung betina terus menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang lebih sedap dan teksturnya lebih lembut, meskipun harganya mencecah sehingga RM20 sekilogram di sekitar daerah ini.

Permintaan terhadap spesies ini kekal tinggi meskipun harga kadangkala tidak menentu berikutan faktor cuaca dan bekalan.

Penjual ikan, Nazihan Saie, 44, dari Kampung Penipah, berkata kembung betina lazimnya diperoleh secara sejuk beku dan sebahagiannya diimport dari kawasan utara Borneo kerana mempunyai saiz yang lebih besar.

Menurutnya, kembung betina tidak bermusim dan bekalannya lebih stabil berbanding jenis yang lain.

“Kembung betina mempunyai perut lebih bulat dan lembut, terutama ketika musim bertelur kerana mengandungi telur,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak di Pasar Sentral Sarikei.

Katanya, spesies betina lebih bernilai dalam pasaran dan menjadi pilihan pembeli kerana teksturnya yang enak.

“Isinya lebih sedap dan lembut, terutama jika dibakar dengan garam begitu sahaja. Ia juga sesuai dimasak dengan pelbagai cara,” katanya.

Katanya, faktor cuaca turut mempengaruhi tangkapan nelayan, sekali gus menyebabkan ketidaktentuan harga di pasaran.

Selain menjadi pilihan kerana rasa, ikan kembung juga terkenal dengan khasiat kesihatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU