ARTIKEL

Rasmi: BN-PH 3, PN 3

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terus menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, manakala Perikatan Nasional (PN) mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.

PRN Terengganu menyaksikan PN menang di kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi bagi Parlimen Kuala Terengganu.

PN menang di Kedah dengan 33 kerusi, manakala PH hanya mendapat tiga kerusi.

Kedudukan PN di Kelantan semakin kukuh dengan kemenangan 43 kerusi, manakala PH dan BN masing-masing menang satu kerusi.

Sementara itu, di Pulau Pinang BN-PH menepati ramalan apabila berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 29 kerusi DUN – PN hanya peroleh 11 kerusi.

BN-PH turut membentuk kerajaan negeri di Selangor selepas berjaya memperoleh kemenangan di 34 kerusi DUN, manakala PN hanya mendapat 22 kerusi.

Kemenangan 31 kerusi juga menyaksikan Negeri Sembilan kekal diperintah BN-PH setelah mengetepikan PN yang memperoleh lima kerusi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU