ARTIKEL

Rebut peluang bina inap desa 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Penduduk di Kampung Daha Kisau, di sini harus merebut peluang dalam menyediakan kemudahan penginapan untuk peserta Serian Eco Run Cross Country Trail untuk siri akan datang. 

Adun Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, meskipun terdapat hotel di bandar Serian dan rumah inap desa di Kampung Pichin, Kampung Mongkos dan Kampung Bunan, penduduk di sini perlu membangunkan kemudahan penginapan tersebut. 

Katanya, ia penting dalam menyediakan kemudahan penginapan untuk para peserta Serian Eco Run Cross Country Trail selain meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi mereka. 

“Setiap kali bermesyuarat, kita menggalakkan orang kampung membuat inap desa. 

“Kalau kita lihat di sekeliling kampung, banyak tapak-tapak yang boleh digunakan untuk membangunkan chalet dan inap desa di kampung ini,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan penangguhan Serian Eco Run Cross Country Trail siri dua di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Serian Eco Run Cross Country Trail siri dua mencapai objektifnya dalam memperkenalkan Daerah Tebedu kepada dunia luar khususnya dalam sektor pelancongan. 

Jelasnya, menerusi aktiviti tersebut, ia berupaya membawa pelancong ke sini sekaligus menjana pendapatan untuk negara, negeri serta penduduk setempat.

“Memang menjadi hasrat saya salah satu daripada program yang kita adakan adalah berunsurkan kepada pelancongan. 

“Kita di Tebedu ini kaya dengan alam semula jadi yang cantik, sungainya yang bersih, gunung-ganang yang cantik. 

“Dengan tarikan-tarikan ini di samping dengan kebudayaan kita, kita berharap dengan aktiviti Eco Run kita dapat menarik orang ke Malaysia, ke Sarawak dan Daerah Tebedu ini,” ujarnya.

Serian Eco Run Serian Eco Run Cross Country Trail julung kali diadakan pada tahun lalu menyaksikan kira-kira 300 peserta dalam dan luar negara.

Untuk siri kedua tahun ini, jumlah peserta meningkat kepada 478 pelari tempatan dan luar negara.

Sebanyak tiga kategori dipertanding iaitu kategori 21km membabitkan 166 pelari, 10km (120 pelari) dan 5km (198 pelari).

Acara larian tersebut membabitkan laluan Daha Kisau, Daha Mawang dan Daha Seroban.

Sinang ditemui media selepas menyempurnakan penangguhan Serian Eco Run Cross Country Trail siri dua. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU