Red Bundle bakal buka cawangan kelima di Sibu, 1 Februari ini

SIBU: Kedai jualan barangan terpakai terkenal, Red Bundle terus melebarkan sayapnya apabila membuka cawangan baharu yang kelima di Sarawak pada 1 Februari (Sabtu) ini di Jalan Lanang Sibu di sini.

Sehingga kini, Red Bundle kini telah mempunyai lima cawangan di seluruh Sarawak iaitu di Sri Aman, Miri, Sarikei, Sibu (Jalan Tunku Abdul Rahman) dan yang terbaharu di buka di Jalan Lanang Sibu.

Menurut pengusaha Red Bundle, Ismandi Labot pembukaan cawangan baharu iaitu yang kelima Red Bundle di Jalan Lanang Sibu bakal dibuka kepada orang ramai bermula pada 1 Februari bermula jam 9 pagi hingga 9 malam (waktu operasi).

“Red Bundle bakal melebarkan sayapnya sekali lagi apabila cawangan kelima kami akan mula dibuka kepada orang ramai, dan akan melakukan pembukaan bermula pada 1 Februari, jam 9 pagi sehingga lewat malam.

“Cawangan terbaharu yang kelima ini akan menyediakan tempat lebih luas dan ia bakal dipenuhi oleh pelbagai variasi barangan terpakai yang memenuhi di setiap ruang kedai Red Bundle Jalan Lanang Sibu itu nanti,”katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau turut menyeru kepada semua peminat barangan bundle terutamanya di bandaraya Sibu dan sekitar untuk berkunjung ke Red Bundle pada pembukaan cawangan keempat ini bermula 1 Februari (Sabtu) ini nanti.

Untuk hari pembukaan tersebut sebanyak 20,000 helai pakaian terpakai lelaki dan wanita serta kanak-kanak bakal disajikan kepada pengunjung yang datang pada 1 Februari nanti, tambah Ismandi.

Pembukaan rasmi Red Bundle juga akan bakal disempurnakan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Dato Wan Abdillah Edruce.

Suara Sarawak