KUCHING: Prestasi hebat dipamer atlet sukan air Sarawak apabila meraih tiga pingat perak pada Regata Perdana Antarabangsa Langkawi Ke-20 yang berlangsung pada 1 hingga 4 Februari lalu.
Himpunan kesemua tiga pingat perak itu diperoleh menerusi Muhammad Amirul Aqmal Aslan dan Syahzharoul Aiman Rozaiman (Lelaki Antarabangsa 420).
Selain dua acara perseorangan menerusi Muhammad Yusuf Abdullah (RS One Lelaki) dan Muhammad Yusri Syahrizan (Bic Techno Lelaki).
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayuarie Awang Redzuan menzahir ucapan tahniah kepada atlet yang berjaya peroleh pingat pada saingan tersebut
Menurut Awang Putrayusrie, pencapaian yang cukup hebat diperaga para atlet terbabit
Katanya, walaupun diketahui perlumbaan empat hari itu turut disertai atlet handalan hampir kesemua negeri termasuk beberapa buah negara jiran.
Namun, mereka (atlet Sarawak) berjaya menempatkan diri di kedudukan dua terbaik.
Dengan kata lain, berjaya meraih pingat perak dalam kategori masing-masing.
“Syabas dan tahniah kepada atlet kita kerana berjaya meraih pingat perak.
Kejayaan ini boleh disifatkan sebagai penanda aras terbaik untuk mereka merintis kejayaan lebih berprestij pada masa akan datang,” tegas Awang Putrayusrie.

