ARTIKEL

Gambar hiasan

Rejim Assad berakhir, Syria buka lembaran baharu pilihan raya parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Syria pada Sabtu mula menerima permohonan calon untuk pilihan raya parlimen yang dijadualkan pada 5 Oktober, menandakan langkah pertama seumpamanya sejak rejim Bashar al-Assad tumbang pada akhir 2024, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar tempatan.

Saluran kendalian kerajaan, Alikhbaria, melaporkan “permohonan untuk pencalonan ke Dewan Rakyat (parlimen) dibuka di beberapa wilayah berbeza di negara itu.”

Penyiar itu melaporkan bahawa Jawatankuasa Tinggi untuk Pilihan Raya Dewan Rakyat menetapkan Sabtu dan Ahad untuk menerima permohonan daripada calon yang berhasrat bertanding dalam pilihan raya itu, yang menjadi langkah pertama seumpamanya sejak penyingkiran Assad.

Saluran itu menyatakan bahawa “jawatankuasa khas akan terus menerima permohonan mengikut syarat undang-undang dan prosedur yang diluluskan, sebelum pengumuman senarai akhir calon dalam tempoh akan datang.”

Presiden Syria, Ahmad al-Sharaa, menerima draf akhir undang-undang pilihan raya sementara untuk parlimen pada akhir Julai dan meluluskannya dengan dekri pada 27 Ogos.

Dekri itu menetapkan syarat untuk proses pilihan raya, kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat dan jawatankuasa berkaitan, serta prosedur pengundian.

Menurut dekri itu, pilihan raya yang akan datang akan diadakan dalam sistem secara tidak langsung, dengan “badan pilihan raya” dibentuk di setiap daerah melalui keputusan jawatankuasa kehakiman yang berkaitan.

Badan ini terdiri daripada ahli tetap yang sama dengan bilangan kerusi yang diperuntukkan kepada setiap daerah.

Calon untuk menjadi ahli Dewan mesti dipilih daripada kalangan ahli badan ini, yang kemudiannya memilih pemenang untuk mengisi kerusi yang ditetapkan.

Dewan Rakyat mempunyai 210 kerusi dan satu pertiga dilantik secara langsung oleh presiden manakala dua pertiga selebihnya dipilih menggunakan mekanisme ini, yang menurut pegawai adalah sementara dan berkaitan dengan keadaan semasa.

Sejak penyingkiran Assad pada akhir 2024, kerajaan peralihan baharu Syria meneruskan reformasi politik dan ekonomi sambil mempromosikan perpaduan sosial serta memperluas kerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa.

Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia pada Disember lepas, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963. Pentadbiran peralihan baharu oleh Sharaa dibentuk pada Januari. — BERNAMA

BERITA LAIN

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i