ARTIKEL

Gambar Hiasan

Remaja diperintah khidmat masyarakat 100 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama 100 jam bagi tempoh satu tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana memukul seorang remaja lelaki berusia 19 tahun menggunakan sebatang kayu.

Majistret Leona Dominic Mojiliu memerintahkan demikian terhadap tertuduh berusia 19 tahun selepas mendengar laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Terdahulu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang remaja sebayanya menggunakan sebatang kayu.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah kafe di Jalan Song, sekitar jam 9.39 malam, 30 Mei 2025.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang merupakan bapa mangsa membuat laporan polis mengenai anaknya yang dipukul oleh beberapa individu yang tidak dikenali menggunakan kayu besbol.

Mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan menerima lapan jahitan pada kepala serta mengalami kecederaan pada lengan.

Tertuduh dan beberapa individu remaja lain ditahan.

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kerana tertuduh tidak berpuas hati apabila rakan mangsa mengejek gambar kenalan wanitanya yang hodoh.

Perbuatan tertuduh turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, lima lagi individu akan menjalani pengurusan kes esok (20 Ogos) atas pertuduhan sama kerana terlibat dalam mencederakan mangsa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,