ARTIKEL

Gambar hiasan

Remaja lelaki mengaku salah rogol kekasih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di hadapan Mahkamah Majistret hari ini, kerana merogol kekasihnya berusia 12 tahun dalam kejadian mangsa dilaporkan hilang oleh bapanya.

Tertuduh berusia 16 tahun membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Razali.

Menurut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol kanak-kanak wanita berusia 12 tahun di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Siburan, sekitar 1.30 pagi, 26 Oktober lalu.

Manakala, pertuduhan kedua dia juga melakukan perkara yang sama terhadap mangsa yang sama sekitar 10.40 pagi, pada 26 Oktober lalu.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Memandangkan tertuduh pesalah kanak-kanak, dia dibenarkan bebas dengan jaminan RM2,000 (tanpa deposit) dengan ibu bapa sebagai penjamin.

Selain itu, mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 17 Disember depan untuk laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan mendedahkan bahawa pengadu merupakan bapa kandung mangsa pernah melaporkan kehilangan anak tunggalnya kepada pihak polis.

Namun, pada 27 Oktober lalu, sekitar 9.40 pagi, mangsa dihantar pulang oleh teman lelakinya.

Bapa mangsa yang juga berstatus duda itu selepas kematian isterinya tiga tahun lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya semasa tidak pulang ke rumah.

Mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya sebanyak dua kali.

Pemeriksaan dibuat di sebuah hospital dan laporan perubatan mengesahkan bahawa terdapat koyakan lama pada selaput dara mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng, manakala tertuduh diwakili Peguam Lim Lian Kee.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU