ARTIKEL

Remaja rogol sepupu berusia 12 tahun terima padah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki yang memaksa sepupu perempuannya berusia 12 tahun mengambil minuman alkohol dan kemudian merogolnya, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh berusia 18 tahun selepas pendengaran laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Remaja itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur di sebuah rumah di Kampung Semban, Jalan Semedang, pada 12 Julai 2022.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, lima bulan.

Manakala, pertuduhan kedua dia didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta yang sama, kerana melakukan amang seksual dengan menyentuh kemaluan mangsa yang sama.

Bagi kesalahan itu, Mohd Taufik menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap tertuduh.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 12 Julai 2022.

Menurut fakta kes, sekitar jam 12.20 pagi, mangsa berada di sebuah rumah dipaksa sepupu lelakinya (tertuduh) minum minuman keras ‘langkau’ dan kemudian lalu mabuk dan tertidur.

Pada keesokan paginya, rakan mangsa memberitahu bahawa dia telah tidur bersama tertuduh.

Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan oleh pakar obstetrik dan ginekologi mengesahkan terdapat kesan koyakan hymenal segar melebihi tiga hingga lapan jam pada faraj mangsa.

Pada hari yang sama, tertuduh berjaya ditangkap di kediamannya oleh sepasukan polis dari IPD Padawan sekitar jam 3.15 petang.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Mohamad Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU