KUCHING: Seorang lelaki warga Myanmar yang dilaporkan terjatuh dari kapal di perairan Pulau Salak, di sini Rabu lalu ditemui lemas hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, Win Myat Thu, 19, ditemui kira-kira jam 1.05 petang oleh pasukan penyelamat pada hari ketiga pencarian.
“Mayat mangsa ditemui pada jarak sekitar 7.2 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) Jeti Jabatan Perikanan Laut Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 3 petang.
Terdahulu, PGO berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 1.23 petang Rabu.

