ARTIKEL

Residen turun padang lawat kampung terjejas bekalan air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Residen Bahagian Limbang Unus Tambi turun padang untuk melawat kampung-kampung yang terjejas masalah bekalan air di sini.

Lawatan tersebut untuk mendapatkan status permasalahan serta solusi kepada gangguan bekalan air ini sejak 31 Januari lepas.

Pihak Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) telah beliau hubungi untuk menghantar bekalan air ke kampung-kampung yang terjejas.

Antara kawasan yang dilawati Unus ialah Kampung Ulak, Kampung Binjai, Telahak, Taman Lumpur Berbuak di Kampung Meritam, Kampung Lubok Sigantang dan Kampung Tedungan.

Antara alternatif lain yang dilakukan oleh penduduk kampung termasuk menadah air hujan dan menyimpannya sebagai bekalan air, serta membeli air minuman di dalam botol untuk aktiviti memasak.

Bagaimanapun, bekalan air yang disimpan masih tidak mencukupi.

Usaha penyelenggaraan dan mengenal pasti punca masalah masih giat dilakukan.

LIMBANG: Prihatin dengan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi telah turun padang untuk melawat kampung-kampung yang terjejas di sini pada Isnin.

Antara kawasan yang dilawati ialah Kampung Ulak, Kampung Binjai, Telahak, Taman Lumpur Berbuak di Kampung Meritam, Kampung Lubok Sigantang dan Kampung Tedungan.

Lawatan ini adalah untuk mendapatkan status permasalahan serta solusi kepada gangguan bekalan air ini sejak 31 Januari lepas.

Beliau juga telah menghubungi pihak Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) untuk menghantar bekalan air ke kampung-kampung yang terjejas.

Dalam pada itu, alternatif lain yang dilakukan oleh penduduk kampung termasuk menadah air hujan dan menyimpannya sebagai bekalan air, serta membeli air minuman di dalam botol untuk aktiviti memasak.

Bagaimanapun, bekalan air yang disimpan masih tidak mencukupi bagi menampung kegunaan aktiviti serta keperluan harian penduduk.

Difahamkan, usaha penyelenggaraan dan mengenalpasti punca masalah masih giat dilakukan.

Justeru penduduk kampung berharap agar masalah bekalan air ini dapat diatasi dengan kadar segera.

Foto UKAS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira