ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Venovox Sdn Bhd, Sharmila Gunasekara

Resume palsu dan AI ancam proses pengambilan pekerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 peratus calon yang menjalani saringan sebelum diambil bekerja dikesan mempunyai sekurang-kurangnya satu ketidakpadanan dalam rekod mereka, menurut Indeks Risiko Saringan Latar Belakang Kebangsaan (NBSRI).

Menurut Bernama, kajian Venovox Sdn Bhd melibatkan kira-kira 300,000 data daripada 20 sektor industri mendapati ketidakpadanan membabitkan sejarah pekerjaan, kelayakan akademik, identiti, penyelewengan kewangan dan isu reputasi. Risiko itu semakin meningkat dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Ketua Pegawai Eksekutif Venovox, Sharmila Gunasekaran berkata saringan menyeluruh penting kerana pekerja mempunyai akses kepada aset dan maklumat penting organisasi. Ketidakpadanan sejarah pekerjaan kekal menjadi kes paling banyak dikesan.

Beliau berkata proses saringan turut berjaya mengesan identiti palsu, sijil akademik dipalsukan, rekod jenayah yang tidak didedahkan serta kaitan dengan salah laku kewangan. Majikan disaran memperkukuh proses pengesahan bagi mengurangkan risiko pengambilan pekerja.

Sementara itu, pakar sumber manusia Prakash Santhanam berkata AI generatif dan teknologi deepfake kini memudahkan calon memalsukan resume, portfolio dan identiti. Beliau menggesa majikan menggabungkan temu duga, simulasi kerja, semakan rujukan serta pengesahan identiti bagi memastikan proses pengambilan pekerja lebih telus.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU