ARTIKEL

MARI BERSWAFOTO…Anak Sarawak yang mengunjungi LBAS 2023 di MITEC mengambil kesempatan untuk berswafoto. Foto: Mohd Alif Noni

Ribuan anak Sarawak berhimpun di MITEC, meriahkan Program Lan Berambeh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 edisi ke-14 yang dilancarkan hari ini dibanjiri ribuan anak Sarawak seawal jam 7.30 pagi.

Program yang diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau diiringi pemimpin Sarawak yang lain seperti Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Hanifar Hajar Taib, Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu.

Fadillah serta rombongan kemudianya mengadakan lawatan ke setiap gerai pameran di MITEC.

Sebanyak 61 gerai pameran terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk 44 gerai jualan menjual produk Sarawak.

Program LBAS bermula pada tahun 2008 sebagai program tahunan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur.

Program itu kemudiannya telah bertukar format penganjuran sebagai platform bagi semua warga Sarawak bertemu sesama sendiri setiap tahun. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU