ARTIKEL

Ribuan hektar hutan Jepun musnah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MORIOKA (Jepun): Kebakaran hutan di wilayah Iwate, timur laut Jepun terus merebak, dengan kira-kira 1,370 hektar kawasan dilaporkan musnah setakat 6 pagi Ahad, lapor Jiji Press.

Kira-kira 1,500 anggota bomba dan petugas kecemasan dikerah ke bandar Otsuchi, namun kebakaran masih belum dapat dikawal, menurut pegawai bandar.

Arahan pemindahan dikeluarkan terhadap kira-kira 1,500 isi rumah, melibatkan sekitar 3,200 penduduk atau hampir 30 peratus daripada populasi bandar berkenaan.

Setakat 7 malam Ahad, kira-kira 200 penduduk berlindung di tujuh pusat pemindahan. Sebuah lagi pusat perlindungan turut dibuka pada hari sama bagi membolehkan penduduk membawa haiwan peliharaan masing-masing.

Kebakaran di kawasan hutan pergunungan itu mula dikesan pada Rabu, dengan satu kes dilaporkan kira-kira 1.50 tengah hari di Daerah Kozuchi dan satu lagi kira-kira 4.30 petang di kawasan Kirikiri.- Bernama

BERITA LAIN

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira