ARTIKEL

Gambar Hiasan

Ringgit cecah paras tertinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY).

Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu melonjak kepada 4.0490/0710 berbanding dolar AS daripada paras 4.0615/0665 ketika ditutup semalam.

Ringgit sebelum ini pernah mencecah paras 4.0490/0530 pada 3 Mac 2021.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY susut 0.39 peratus kepada 97.903 mata selepas Conference Board melaporkan keyakinan pengguna AS merosot kepada 89.1 mata pada Disember.

Beliau berkata ringgit ditutup 0.39 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS pada paras 4.06 semalam. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU